SHAH ALAM 31 OGOS : Laporan isu penarikan diri pasukan beruniform pada Sambutan Kemerdekaan ke 55 anjuran Kerajaan Negeri, malam semalam akan dibentang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamad Khusrin Munawi minggu depan.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah meminta Khusrin untuk menyemak isu berkenaan dan membentangkan laporan penuh itu.
“Berhubung penarikan beberapa pasukan beruniform daripada acara berkawad, setakat ini tiada sebab bertulis diberikan atas keputusan itu.
“Jadi Menteri Besar sudah meminta beliau menyemak seterusnya membentangkan laporan itu nanti,” katanya.
Beliau berkata Kerajaan Negeri juga percaya beliau (Khusrin) dan ahli jawatankuasa sudah membuat penelitian sepenuhnya terhadap senarai tetamu serta mengikut protokol bagi acara terbabit.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau dan ahli jawatankuasa lain atas usaha gigih dan komitmen ditunjukkan dalam membuat persiapan bagi acara berkenaan,” katanya.




Kalau Pasukan2 Beruniform ini tarik diri biarkanlah. Mereka tak suka kita apa kita nak kata. Terserahlah kepada mereka.
Dan JIKA ditakdirkan Pakatan berjaya menguasi Kerajaan Federal pada PRU-13 ini dan kalau para anggota Pasukan2 Beruniform dan para penjawat perkhidmatan awam yang lain – dari pegawai tertinggi hingga yang terendah, nak tarik diri tak mau bekerja dan letak jawatan, biarkanlah. Mereka tak suka kita apa kita nak kata. Terserahlah kepada mereka.
Assalamualaikum ..saya ingin memaklumkan kepada cik Faekah berkenaan cabang Sepang terutama Dun Dengkel saya amat kecewa kerana Ketua Cabang tidak turun ke ranting ranting akibatnye ranting yg sebelumnye 16 ranting kini tinggal dua ranting salah satu ranting dibawah kelolaan saya oleh kerana PR13 sudah hampir saya harap cik Faikah maklumkan lah kepada MB kita supaya perkara ini dapat di selesaikan,dan banyak lagi perkara perkara yg tak diselesaikan oleh ketua cabang ..
sekian harapa maklum.