Bas Kempen Pilihan Raya PKR Dilancar

PETALING JAYA 31 0G0S : Penggunaan bas bergerak yang bertemakan Merdeka Rakyat diharap dapat memberi pengisian kepada semua rakyat sempena Hari Kemerdekaan ke 55, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perlancaran Bas Bergerak di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Anwar berkata, walaupun permit dilengahkan oleh pihak berkenaan, PKR tetap meneruskan bermula dengan program jelajah sempena Eidul Fitri hari ini.

Destinasi pertama di mulakan di Bentong, Pahang dan diikuti dengan Benta, Nenggiri, Gucil, Macang dan Tanah Merah, Kelantan yang akan diakhiri dengan ceramah Perdana Merdeka Rakyat oleh Anwar, Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Setiusaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, malam ini.

Manakala keesokkannya, akan bergerak menuju ke Kota Baru, Kuala Balah, Temenggor dan Pengkalan Hulu di Perak.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata cadangan untuk menggunakan bas bergerak sebagai usaha kempen pilihan raya sudah difikirkan semasa Disember 2007 lagi.

Bagaimanapun, katanya terdapat beberapa kekangan menyebabkan ia ditangguhkan.

“Ramai yang cakap kita tidak berupaya untuk adakan bas seperti ini, sebab susah untuk memohon lesen daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kita juga tidak boleh menggunakan duit parti sebab itu saya guna duit sendiri.

“Tetapi dulu kita tidak menggunakan bas pun, kita menang banyak. Saya percaya kali ini Umno-BN akan mendapat tentangan sengit dari kita,” katanya.

Selain itu, Saifuddin yang turut berucap berkata penggunaan bas bergerak oleh Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai kesinambungan 20 siri Jelajah Merdeka Rakyat.

Katanya, ia merupakan satu pendekatan baru yang sesuai selaras dengan perkembangan semasa.

“Dengan penggunaan bas bergerak itu, pimpinan PR akan dapat mendengar pandangan, kritikan dan maklum balas secara bersemuka tanpa formaliti.

Risalah berkenaan isu semasa antaranya pendedahan National Feedlot Corporation (NFC) dan manifesto PR akan turut diedarkan disetiap perhentian bas terbabit.

“Kita akan bergerak ke kawasan-kawasan utama seperti pasar malam, tempat beribadat dan kedai makan,” katanya.

Bas dua tingkat yang mempunyai kapasiti 19 tempat duduk itu turut dilengkapi dengan sistem audio-visual, dua buah televisyen, bilik mesyuarat, wifi, tandas dan pentas sebagai platform berucap.

Pendapat Anda

Pendapat

About Norhayati Umor