KUALA SELANGOR, 5 OGOS : Kerajaan Selangor sedang dalam proses mengambilalih hutang yang ditanggung Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM 15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri mengambil keputusan itu selepas mendapati Unisel tidak memiliki modal yang cukup serta tidak berupaya membayar hutang tersebut.
Beliau berkata, salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM 600 juta dan asrama, RM 200 juta.
Menurutnya, hutang tersebut kini diambilalih Kerajaan Negeri dan tanggungan Unisel akan berkurangan dan universiti tersebut boleh mula mendapat keuntungan dari pendapatan.
“Sebabnya masalah ini berlaku bila masa pembinaan Unisel dulu Kerajaan Negeri terdahulu (Umno-BN) tidak memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Sebab itu ia berhutang dan pendapatan Unisel tidak cukup untuk membayar segala hutang itu.
Pendapatannya hanya cukup untuk membiayai gaji petugas seperti profesor, guru dan kaitangan lain selain membiayai pentadbiran asrama tetapi tidak cukup untuk perbelanjaan membuat asrama.
Ia bukan sedikit kerana kosnya RM200 juta dan pembinaan kampus RM600 juta.
“Oleh sebab itu saya berpendapat kita jangan bebankan universiti untuk membiayai perkara ini tetapi diambilalih Kerajaan Negeri. Keputusan ini dibuat selepas 2008.
Kalau tidak dulu semua perbelanjaan itu ditanggung Unisel maka itu sebab Unisel teruk. Sekarang kita kena ambilalih hutang itu tetapi ada prosesnya kerana Unisel terhutang dengan bank.
Kita sedang buat segala dokumen dan jaminannya untuk perkara itu,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Program Tadarus dan Tadabbur Perdana peringkat Negeri Seangor 1433H di sini hari ini.
Berhubung dakwaan Unisel berhutang dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) hampir RM15 juta, Abdul Khalid berkata, berdasarkan prosedur undang-undang, hutang tersebut perlu dibayar.
Akan tetapi Kerajaan Negeri akan meneliti kembali perjanjian antara syarikat tersebut dengan Unisel bagi memastikan tiada syarat-syarat yang berat sebelah.
Misalnya, mengikut perjanjian tersebut, pelajar-pelajar yang tidak menduduki asrama yang dibina JNSB perlu membayar nilai sewa bilik mereka.
Abdul Khalid menambah, laporan audit Unisel juga memakan masa untuk dibentang berikutan penyata kewangan tidak diaudit atau didedahkan sejak lima tahun lalu.
“Saya sudah arahkan pihak akauntan untuk menyemak dan mengkaji semula segala-galanya sehingga betul dan lengkap.
Dia sedang melakukannya dengan merujuk kepada dokumen dan buku akaun lama dalam beberapa tahun lepas maka ia mengambil sedkit masa,” katanya.
Dalam laporan media hari ini, Unisel didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan JNSB yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.





Tahniah YAB MB Selangor. Anda telah melakukan yang terbaik sejak mentadbir Selangor dari 2008. Saya berdoa, semoga Allah swt memudahkan penyelesaian untuk rakyat. Banyak yang YAB telah lakukan. Di Bukit Beruntung, syarikat Talam membiarkan jalan Bukit Beruntung – Rasa terbengkalai. Sekarang jalan tersebut sudah siap dibina merentasi bukit yang menghijau, siap dengan lampu jalan (cuma belum beroperasi lagi). Walau apa pun, YAB MB perlu memantau kerana terdapat pihak yang sengaja nak ambil kredit siapnya projek Kerajaan Selangor dengan memacak papan tanda bahawa projek jalan ini adalah projek BN! Papan tanda ini begitu jelas diletakkan ditengah pembahagi jalan depan jalan utama Bkt Beruntung – Rasa, depan surau Taman Widuri! Tak malu pulak puak-puak ini, kerja tak buat, tapi nama nak!!
” Abdul Khalid menambah, laporan audit Unisel juga memakan masa untuk dibentang berikutan penyata kewangan tidak diaudit atau didedahkan sejak lima tahun lalu.”
tak silap i, 5 tahun dahulu adalah tempoh bermula pakatan rakyat menguasai selangor. so sejak tu sampai skrg tak pernah diaudit? oh telusnya pemerintahan pr ni.
dah la tak pernah diaudit atau didedahkan sejak pr berkuasa, malah
Pendapatan UNISEL
2008 = RM 94.4 juta
2009 = RM 93.51 juta
2010 = RM 75.48 juta
Amatlah menghairankan ketika kerajaan Negeri menafikan kemerosotan pelajar, pendapatan pula merosot. Bukankah kenyataan ini sangat kontradik?
Kos Pengurusan UNISEL
2008 = RM 93.97 juta
2009 = RM 106.13 juta
2010 = RM 113.11 juta
Mengapa kos pengurusan meningkat sedemikian rupa tanpa pengingkatan yang signifikan kepada pendapatan Unisel?
Keuntungan/Kerugian
2008 = RM 0.43 juta
2009 = (RM 12.62 juta)
2010 = (RM 37.63 juta)
Apa sebenarnya yang berlaku kepada Unisel di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat? Unisel adalah institusi pendidikan tinggi swasta yang sewajarnya ditadbir secara efisyen dan mengikut logik ekonomi. Namun apa yang berlaku sekarang sangat huru-hara dan tidak mencerminkan pengurusan ekonomi yang efektif oleh kerajaan negeri dan pengurusan Unisel.
BERITA
Published: Khamis Ogos 9, 2012 MYT 4:39:00 PM
Updated: Rabu Ogos 8, 2012 MYT 10:58:14 PM
Tiada CF Punca Unisel Enggan Bayar Hutang
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SHAH ALAM: Universiti Selangor (Unisel)mengambil keputusan untuk tidak menyelesaikan hutang yang didakwa bernilai hampir RM15 juta dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) iaitu pihak yang membina dan menyelenggara asrama kampus induk universiti berkenaan di Bestari Jaya berikutan bangunan tersebut tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF).
Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengakui bahawa keseluruhan bangunan pusat pengajian tinggi itu juga tidak memiliki CF.
“Bangunan asrama itu bukan sahaja sudah siap malah sudah diduduki, tapi bangunan itu berada dalam keadaan yang tidak boleh dapat CF kerana melibatkan isu yang agak sensitif iaitu membabikan sistem kumbahan.
“Bukan itu sahaja Unisel keseluruhannya pun tak ada CF,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di sini, Rabu.
Selain itu Abdul Khalid berkata perjanjian antara Unisel dan JNSB yang ditandatangani pada 2003 dan 2004 selama 30 tahun itu dilihat berat sebelah serta merugikan universiti milik kerajaan negeri berkenaan.
“Kita hanya bayar kepada Jana Niaga apa yang dipanggil sewa untuk menduduki asrama tersebut. Dalam perjanjian yang ditandatangani, sama ada orang duduk atau tidak…100 peratus sewa penginapan kita kena bayar.
“Kita nampak ini sebagai berat sebelah untuk Unisel kerana bila orang cuti pun kena bayar,” katanya.
Sehubungan itu Abdul Khalid berkata kerajaan negeri melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi sebagai perantara bagi menyelesaikan isu yang timbul antara Unisel dan JNSB.
Menurutnya jawatankuasa yang dipengerusikan Khusrin itu akan memperhalusi kaedah penyelesaian terbaik termasuk kemungkinan mengkaji semula perjanjian sedia ada antara Unisel dan JNSB.
“Sekarang dia (JNSB) kata tak ada duit untuk menyelenggara semua asrama tersebut. Unisel tanya (cadangkan) kalau tak ada duit, Unisel akan buat (selenggara)…tapi bila Unisel nak buat, maknanya hutang itu dibayar oleh Unisel dengan cara membuat asrama tersebut.
“Jadi kita kena ada perjanjian offset (mengimbangi). Selepas ada perjanjian offset barulah kita selesaikan. Tapi kalau sudah bayar hutang kepada Jana Niaga, nanti Jana Niaga tak buat pula pembetulan (penyelenggaraan dan akibatnya Unisel tak dapat pembayaran.
“Mesti ada mesyuarat dan perjanjian. Saya suruh Datuk Khusrin selesaikan isu ini. Ia tak boleh diselesaikan melalui media, ia perlu dibuat secara perjanjian…ditulis semula perjanjian, itu paling penting,” katanya.
ooo..mcm tu.kena dgr dr 2 belah pihak baru adil.