SHAH ALAM 25 JULAI : Pengerusi Bersama Bersih 2.0 , Datuk A Samad Said berasa lega dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan gabungan itu sah.
Dengan keputusan itu, beliau yang dihubungi melalui panggilan telefon berkata, Bersih 2.0 akan meneruskan agenda memperjuangkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kita akan mengadakan rundingan dan perbincangan untuk menentukan pelan tindakan yang selanjutnya.
“Sekiranya ada keperluan untuk mengadakan sebarang tindakan mahupun perhimpunan aman, kemungkinan besar ia hanya akan berlaku selepas bulan puasa ini,” jelasnya yang lebih mesra dipanggil Pak Samad.
Mengulas lanjut, Sastarawan Negara itu juga turut berkongsi kerunsingannya bersama anggota Bersih yang lain mengenai kemungkinan keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi Bersih.
“Namun, kami sentiasa percaya dan yakin sebelum ini bahawa apa yang kami perjuangkan ini adalah sah dan halal.
“Dari kepercayaan dan keyakinan itulah kami bergerak demi satu perjuangan yang berlandaskan demokrasi yang bersih.
“Akhirnya keputusan mahkamah juga turut bersama kami merestui perjuangan suci membela demokrasi demi rakyat dan masa depan negara,” tambahnya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan NGO Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kira-kira seminggu sebelum perhimpunan yang diadakan pada 9 Julai di ibu negara.




Maha Suci Allah dan Segala Puji Bagi Allah , Tuhan semesta Alam.
Pak Samad Teruskan Tuntutan Bersih ini.
Insha’Allah Ramalan Penting=1st September 2012;Keperluan mengadakan sebarang tindakkan, Mahupun Penghimpunan Aman hendaklah sa-baik2 saja lepas 31 Augus 2012 iaitu hari esoknya lepas Umno BN menyambut Hari Kemerdekaannya = Hari bermaharajalela.
Kerana Hari Merdeka hanya ekslusif untuk Umno-BN & Kronisme2 sahaja.
Rakyat dan Parti Politik Pakatan Rakyat Mutlamat MENCAKAR.!!!
Equiasinya= Hari MERDEKA Eklusif untuk Umno-BN DAN =
Hari MENCAKAR untuk Rakyat dan Politik PR (Pro- Rakyat). Itu saja simboliknya.
Kita semua rakyat yang inginkan keadilan, keselamatan hendaklah ambil kesempatan Berdikr banyak2 memuji dan memuja Allah di- Bulan Ramadan yang DiBerkati dan Mulia ini inklusif malam 14th Augus 2012. ( 27th Ramadan= AlQuran di-turunkan pada Malam Lailatul Qadar = Malam Destini) =
[Quran2:185] Ramadan adalah bulan yang mana Quran diturunkan, yang mengandungi petunjuk untuk manusia, memberi pengajaran dengan jelas. Sesiapa yang menyaksikan bulan ini mestilah berpuasa. Jika ada diantara mereka yang sakit atau dalam perjalanan (musafir) bolehlah digantikannya dengan hari lainnya pada beberapa hari yang mereka tinggalkan. Allah menginginkan supaya memberi kemudahan kepada kamu, bukannya kepayahan, supaya mudah untuk kamu menjalankan kewajiban kamu, dan supaya kamu memuji Allah untuk meminta petunjuk dariNya dan supaya dapat kamu menunjukkan kesyukuran kamu.
[Quran 97:1] Kami menurunkannya diMalam Destini.[97:2] Betapa mulianya akan Malam Destini![97:3] Malam Destini adalah lebih baik lagi dari seribu bulan.
Allah Menerima Do’a Hamba HambaNya =
[Quran 2:186] Apabila hamba hambaKu menanyakan berkenaanKu, Aku sentiasa mendekati mereka. Aku mengkabulkan do’a mereka, apabila mereka berdo’a kepadaKu. Manusia mestilah berurusan denganKu dan percaya kepadaKu, supaya kamu semua mendapat petunjuk.
Salaam Sejahtera.