VIDEO: IKLAN Jemputan Ke Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2013 Peringkat PBT
Orang ramai di jemput ke siri dialog bajet Selangor 2013 yang akan berlangsung daripada 17 hingga 27 Julai.
Tujuan dialog ini adalah bagi mengumpul maklum balas daripada masyarakat setempat supaya belanjawan negeri dapat dirancang dengan mengambil kira kepentingan orang ramai.
Program ini julung kalinya diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sejak 2008 dan selari dengan prinsip pentadbiran dari rakyat untuk rakyat.
Sesi dialog yang dikendalikan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) akan bertempat di pejabat pihak berkuasa tempatan di seluruh Selangor.
Berikut adalah senarai setiap siri dialog. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 5544 7120





tahniah selangorku…
Oh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor,teruskan perjuangan murni membela rakyat…hanya dalam tempoh 4 tahun di bawah PR,berbagai faedah rakyat peroleh hasil usaha kerajaan Pakatan Rakyat.Tahniah…
tahniah PR