Pengundi Muda Utamakan Politik Berasas Hujah Dan Fakta

SHAH ALAM,12 JULAI : Pengundi muda di negara ini kini lebih mengutamakan politik yang berasaskan fakta dan hujah berbanding dengan corak politik lama yang memainkan sentimen perkauman.

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pertambahan bilangan pengundi muda dalam daftar pengundi akan memberikan kesan yang besar kepada corak keputusan Pilihanraya Umum ke-13 nanti seraya menekankan golongan muda perlu diberi perhatian khusus.

“Mereka melihat isu kos sara hidup sebagai isu yang besar, sebab generasi muda adalah golongan yang terhimpit dengan hutang yang banyak samada menerusi pinjaman PTPTN,kenaikan harga barang,kos bahan bakar dan sebagainya,” kata Nik Nazmi dalam program Terus Terang kelolaan TVSelangor.

Tambah Nik Nazmi, menurut kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center, majoriti pengundi muda mahukan debat antara Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Razak diadakan.

“Saya fikir mereka mahukan dan melihat pemimpin kita membentangkan hujah dan ini bukan budaya baru.

“Orang muda memang mahukan debat ini untuk mereka dapat menilai dan membuat keputusan yang tepat,dan mereka mahu tahu apa dasar yang dikemukakan oleh pembangkang , ” katanya.

Jelas beliau,di DUN Seri Setia terdapat pertambahan pengundi yang kini mencecah sekitar 40,000 peningkatan sebanyak 5,000 berbanding 2008.

“Kini pihak DUN menggerakkan usaha pembersihan daftar pengundi dengan melaksanakan pemeriksaan dari rumah ke rumah dalam program pendemokrasian pilihanraya,” katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

About Mohd Ezli Mashut