SHAH ALAM 9 JULAI : Kerajaan Negeri akan memberi pengurangan cukai pintu sebanyak 25 peratus kepada penghuni rumah pangsapuri kos rendah di seluruh Selangor yang akan dilancarkan selewat-lewatnya Ogos nanti.
Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai Hari Zon Bersih Bulan Julai peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.
“Langkah pertama, kita akan meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor untuk mengenalpasti mana-mana kawasan pangsapuri kos rendah, seterusnya memberikan semua maklumat itu kepada Kerajaan Negeri.
“Walaubagaimanapun, kita cuma akan memberi tawaran ini kepada penghuni yang menghuni rumah tersebut sahaja, jika disewakan, peluang ini tidak ada,” jelas beliau.
Menurutnya, sumber kewangan bagi memberi pengurangan cukai tersebut datangnya daripada penjimatan yang Kerajaan Negeri perolehi kesan daripada pengurusan penyelenggaraan sampah sendiri tanpa menggunakan khidmat Alam Flora.
“Hasil penjimatan, kita memperolehi kira-kira RM 100 juta di seluruh Selangor, manakala untuk Shah Alam sahaja kita berjaya jimat RM 30 juta.
“Hasil inilah yang dapat kita salurkan semula kepada rakyat dengan pengurangan cukai pintu kepada penghuni pangsapuri kos rendah seluruh negeri,” tambahnya lagi.




Wahai orang BN/UMNO serta Ketua mereka, inilah dia yang dinamakan ” MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR” dimana rakyat pendapatan rendah dapat nikmat TERUS. Ini TIDAK berlaku dibawah 54 tahun pemerentahan BN/UMNO dimana mereka hanya beri untung untuk orang -orang serta kuncu dan kroni mereka sahaja dari perengkat teratas dari Perdana Mentri hinggalah ketua cawangan ranting sahaja.
Kalau BN/UMNO ada kebolehan tunjuklah keistemewaan ini dijalankan dinegeri-negeri yang diperentah oleh mereka saperti diPerak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Sampai mampus pun BN/UMNO tak boleh buat kerana fulus tidak ada dan pemerentah negeri disana tidak memikirkan kehendak rakyat yang berpendapatan rendah/sederhana, hanya untuk mereka sahaja
syabas kepada MB Pakatan Rakyat Selangor kerana bakal memberi potongan cukai pintu sebanyak 25% kepada penduduk pangsapuri kos rendah.Sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat,telah banyak hasil negeri dikembalikan kepada rakyat di bawah pentadbiran PR.
pastikan pilihanraya bersih ke13
MB Khalid….. SYABAS!!!!
YOU ARE OUR HERO. I SUGGEST YOU BECOME THE PM OF MALAYSIA.
THE ONE WE HAVE NOW IS SO INCOMPETENT…..
kalau penduduk uruskan sampah sendiri, dimana mereka akan membuang sampah ya? adakah di tepi jalan sahaja?
ala mak tak masok dalam list pulak..mula2 heboh kata nya sampah tak angkat sebab yang angkat sampah alam flora…setiap pengorbanan ada hikmah..kerajaan Selangor boleh jimat 100 j…tak macam PM sesuka hati nya guna duit rakyat..macam duit bapak dia.
TS Khalid ni boleh jalankan 2 mesyuarat dalam waktu yang sama,itu pengalaman saya…hebat hebat..